Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

Kenangan Restoran Terapung Teluk Bayu, Sungai Petani

Imej
Anda cari tempat makan yang unik, sedap dan murah? Ha meh hani nak kongsikan pengalaman hani bawa anak2 dan keluarga mertua dinner di Restoran Terapung Teluk Bayu. By the way restoran ni mmg betul2 restoren terapung hokeyh...Hani tak dapat nk sertakan gambar pemandangan restoran ni sebab hani pergi waktu malam.So gelap.               Uniknya restoran ni kalau nak pergi kena naik bot tau.Jaraknya tak la jauh mana. Tapi hani yakin sungai tu mmg dalam kalau korang willing nk berenang hehehe. Melalui jambatan kayu buatan sendiri mmg saat mendebarkan.Bukan apa..takut jatuh dalam sungai ja. Sampai pening anak2 saudara hani dibuatnya.              Menu yang hani order ialah seekor siakap stim limau (kurang pedas), 3 ekor ketam goreng telur masin , tomyam campur, nasi putih untuk 6 orang, kailan ikan masin dan air laici 1 jug untuk 6 orang. Makanannya mmg sangat sedap dan murah.Total harga makanan dan minuman hanya RM103. Tua...

Kenangan Udang Pasar Bisik Kota Kuala Muda

Imej
Udang pun hani boleh buat tajuk entri?Hani dah kering idea ke?Choppp...eh tak la.Hani belum kering idea lagi untuk menulis blog ni.Sebenarnya hani ada satu kenangan yang paling hani takkan lupakan tentang udang...Begini ceritanya          Pada khamis 16 Februari 2017 , hani dan arwah KPL Azizol pergi ke Pasar Bisik Ikan di Kota Kuala Muda.Kami dapat beli udang dan ikan dengan harga yang sangat murah...Bila balik rumah, arwah Kpl Azizol cakap dekat hani ,"sayang,nanti kita beli tong polisterin beli banyak2 udang dan ikan boleh bawa balik kat mak abg." Hani cakap "ok juga.Kita boleh buat BBQ kat depan rumah mak." Tapi sayangnya malam tu lebih kurang 12.30 pagi 17 Februari 2017 , Kpl Azizol telah terlibat kemalangan dan meninggalkan hani dan anak-anak buat selamanya..             Semalam mak mertua hani (ibu arwah Kpl Azizol ) dan adik ipar datang melawat hani dan anak2.Jadi hani belikan udang untuk hani jamu kepada mereka.Hani rasa s...

Design Baju Katering A&M Enterprise

Imej
Assalamualaikum... Alhamdulillah hari ni masih bernafas untuk berkongsi idea2 design baju yang hani buat. Hari ni hani nk share kat korang baju katering yang hani design kan untuk Pn Shida. Kali ni Pn Shida dah repeat order untuk kali yang ketiga tau. Pn Shida memilih kain jenis microfiber jersey untuk tempahan kali ni. Sesuai untuk aktiviti katering yang aktif dan kerap berpeluh.Kalau anda pakai baju jenis cotton, ia bagus untuk menyerap peluh tetapi keburukannya ia membuat badan kita lebih cepat berbau. Kalau buat katering dan badan bau busuk dengan peluh...ueyeuwww mesti kurang selera makan customer nt hehe.Ok nah..hani share design baju Pn Shida ea...Korang teringin nk tempah baju tshirt dengan hani? Blh je wsp hani terus tau 011-11260877

Tempahan Printing Baju Harmoni Karisma Home Nursing

Imej
    Assalamualaikum... Entri kali ni hani nak share baju tempahan Puan Nurul dari Ambangan Heights, Sungai Petani . Pn Nurul tempah baju untuk staff2 home care. Material yg dipilih ialah jenis cotton TC. Alhamdulillah siap sempurna tempahan untuk beliau. Design bajunya 2 warna iaitu mix blue black dan pink sebagai lining. Design cetakan pula ialah 3 warna iaitu putih, merah dan oren. Jenis cetakan yang hani buat ialah silkscreen.Terima kasih Pn Nurul tempah baju dengan hani.

Rindu Kenangan Teman Sejawatan

Imej
Sebelum tirai 2017 dilabuhkan tak beberapa hari,hani terimbau kembali masa2 manis hani bekerja dengan kawan2 sejawat. Hani rindu diorang sangat. Rasa berbeza dunia hani skrg dengan dulu. Ye la sekarang hani lebih banyak buat grafik design, belajar tentang fabrik. Dari kiri dalam gambar ni kak normah.Bg hani kak normah ni sangat nice tapi mulut dia laser sikit. hehehe. Tapi hani lebih suka sb apabila dia menegur, tujuannya jelas xda sindir2. Sebelah kak normah ialah kak yanti. Kak Yanti ni nmpk muda sangat but actually dah 40++ hokeyh. Lebih tepatnya Hajjah Jamiyanti. Happy go lucky sgt kak yanti ni..Yang pregnant tu (da bersalin da skrg ) ialah sarah. Sarah ni spesies redah je. Sebelah sarah ialah Nad. Yang duduk plak ialah kak su.Ni pun spesies go with the flow. Next is kak Mary. Secretary second big boss. And the most yang hani paling ingat ialah Staffnurse Firdaus. The one and only staffnurse kat klinik tempat hani kerja. Hani banyak share cerita2 dengan dia.Tetapi dalam hidup ...

Feedback Baju Family Day Sarif & Minah

Imej
Hari ni hani nak share feedback customer yang tempah baju dengan hani. Actually customer ni adalah kawan lama hani.Dulu kitorang training satu kolej.Tapi Si Shida ni dia tak minat dengan bidang kejururawatan. Ok berbalik kepada tshirt yang shida tempah dengan hani ni,Shida memilih material jenis jersey microfiber. Alhamdulillah sangat selesa dipakai untuk aktiviti outdoor family day.So kalau kawan2 teringin nak tempah baju dan buat printing kat hani boleh wssp hani ea 011-11260877 .InsyaAllah hani akan reply secepat mungkin.Btw...thank you mrs shida sb order baju dengan hani.Nk repeat order lagi katanya.Alhamdulillah rezeki dari Allah... Credit Photo : NSB Pictures

Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat.Bersyukurlah...

Imej
Hari ni baru ada masa sedikit nak buat coretan dalam blog ni. Hani nak kongsikan tentang rezeki. Kejadian semalam agak simple tapi buat hani berfikir sejenak. Dalam pukul 4 petang smlm hani keluarkan udang dari peti ais.Cadangannya nak masak udang goreng kunyit. Sementara tunggu udang tu defrost, hani tgk cte naagin dulu. Tetiba hani perasan kucing hani larikan plastik yg berisi udang tu.Satu rumah hani kejar kucing tu dan dapat balik plastik udang tu. So hani pun masakla. Lps masak hani simpan di bawah tudung saji. Sambung tgk tv balik.Pastu hani keluar pergi pasar malam dengan anak2.Bila balik  rumah hani dah rasa lapar balik dan nk makan nasi berlaukkan udang td. Buka je tudung saji, hani tgk pinggan udang dah penuh dengan semut. Hani terpaksa buang udang tadi dan hani letakkan dalam bekas makanan kucing. Kucing hani pun apa lagi ,makan dengan lahap la...Masa tu hani berfikir..kalau dah rezeki kucing hani mkan udang tu, buatla mcm mana pun udang tu akan masuk dalam perut kuci...