Hari Pertama Aina Ke Tadika


Hari ni 1 Januari 2018...
        Ramai di antara kita yang nak mulakan hidup yang baru dan azam yang baru. Entri kali ni hani nak share tentang hari pertama Aina ke sekolah. Hani sebenarnya rasa sedih juga hari ni kerana hani pernah merancang dengan arwah zul untuk sama-sama hantar aina ke sekolah. Tapi malangnya hari ni hanya hani yang dapat hantar aina ke sekolah. Tak apalah anakku...sekurang2nya ibu masih boleh hantar. Hani suka sangat berurusan dengan teacher aina iaitu Teacher Linda.
          Aina bangun awal.Sangat excited.Tak de tantrum pagi2. Mandi dan sarapan mengikut arahan. Hani hantar aina lebih kurang jam 8 pagi siap beruniform.Cantik sangat uniform aina.Mcm uniform ibu katanya...hehe(Sebab tudung masukkan ke dalam). So sini hani kongsikan gambar2 hari pertama aina di sekolah. Semoga Allah permudahkan urusan menuntut ilmu wahai anakku...amin..



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat.Bersyukurlah...

Hari Ulangtahun Tentera Darat Ke-86

Kenangan Restoran Terapung Teluk Bayu, Sungai Petani